Privacy Notice
NOTIS PRIVASI UNTUK OCEANIC GATEWAYS
NOTIS
Notis privasi untuk data peribadi (“Notis Privasi”) dikeluarkan kepada semua pelanggan Oceanic Gateways Travel and Tourism Sdn Bhd (“Syarikat”, “kami”), selaras dengan keperluan undang – undang Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 (“PDPA”).
PENDEDAHAN MAKLUMAT ANDA
Data peribadi yang dikumpulkan daripada anda akan diproses bagi tujuan pengurusan dan operasi perniagaan kami, termasuk untuk berkomunikasi dengan anda, menyediakan dan mentadbir produk dan/atau perkhidmatan, mengurus transaksi komersial, menjawab pertanyaan atau aduan, serta menyampaikan maklumat, kemas kini atau promosi berkaitan tawaran kami dan rakan perniagaan terpilih. Kami tidak akan mendedahkan data peribadi anda kepada pihak ketiga tanpa kebenaran anda kecuali kepada syarikat berkaitan, penasihat profesional, vendor, pembekal perkhidmatan, rakan niaga, institusi kewangan atau pihak berkuasa yang berkaitan, sama ada di dalam atau luar Malaysia, sekiranya perlu bagi tujuan tersebut atau seperti yang dikehendaki oleh undang-undang. Kegagalan memberikan data peribadi atau kebenaran yang diperlukan boleh menjejaskan keupayaan kami untuk menyediakan produk dan/atau perkhidmatan kepada anda. Kami mengambil langkah yang munasabah untuk melindungi keselamatan data peribadi anda dan anda berhak untuk mengakses, mengemas kini, membetulkan atau menghadkan pemprosesan data peribadi anda tertakluk kepada peruntukan undang-undang yang berkenaan.
Pegawai Perlindungan Data Peribadi
Alamat: NO.47 & 47, 1, Jln Tanjung Rhu 30/165, Seksyen 30, 40460 Shah Alam, Selangor
Nombor : 019-882 0776
Alamat e-mel: oceanic.tours25@gmail.com
PERSETUJUAN DAN PENGESAHAN DATA
Sekiranya kami tidak menerima sebarang maklum balas daripada anda dalam tempoh empat belas (14) hari dari tarikh pengeluaran Notis Privasi ini, kami akan menganggap bahawa anda telah memberikan persetujuan untuk kami memproses data peribadi anda selaras dengan Notis Privasi ini serta mengesahkan bahawa semua data peribadi yang diberikan adalah tepat, lengkap dan terkini, dan anda bersetuju untuk memaklumkan kami dengan segera sekiranya terdapat sebarang perubahan. Setakat mana anda memberikan atau akan memberikan data peribadi berkaitan ahli keluarga, pasangan, tanggungan, pengarah, pemegang saham, pekerja, wakil, ejen atau mana-mana individu lain, anda mengesahkan bahawa individu-individu tersebut telah dimaklumkan mengenai pendedahan dan pemprosesan data peribadi mereka oleh pihak kami, dan bahawa anda telah memperoleh persetujuan yang diperlukan bagi pemprosesan, termasuk pendedahan dan pemindahan data peribadi mereka, selaras dengan Notis Privasi ini.
BERKAITAN BAWAH UMUR
Berkenaan dengan kanak-kanak (iaitu individu di bawah umur 18 tahun) atau individu-individu yang tidak kompeten di sisi undang-undang untuk memberi kebenaran, anda mengesahkan bahawa anda adalah ibu bapa atau penjaga atau orang yang mempunyai tanggungjawab ibu bapa ke atas mereka atau orang yang dilantik oleh mahkamah untuk menguruskan hal-ehwal mereka atau bahawa mereka telah melantik anda untuk bertindak bagi mereka, untuk memberi kebenaran pihak mereka untuk pemprosesan (termasuk pendedahan dan pemindahan) data peribadi mereka menurut Notis Privasi ini.
SUMBER DAN JENIS MAKLUMAT
Kami mengumpul maklumat yang anda serahkan kepada kami, termasuk nama, alamat e-mel atau kata laluan, semasa anda mendaftar atau menghubungi kami untuk menggunakan perkhidmatan kami, seperti apabila anda membuka akaun berdaftar. Apabila membuat tempahan dengan Oceanic Gateways, anda mungkin perlu memberikan maklumat tambahan seperti alamat kediaman, nombor pasport serta butiran kad kredit atau debit.
Selain itu, kami juga mengumpul maklumat yang diperoleh apabila anda mengakses perkhidmatan kami melalui aplikasi pihak ketiga, laman sosial atau laman web lain.
PENGGUNAAN MAKLUMAT
Kami akan menggunakan maklumat yang diberikan oleh anda untuk:
Memastikan anda mempunyai hak untuk mengakses fungsi tertentu dalam perkhidmatan Oceanic Gateways.
Membolehkan anda menggunakan perkhidmatan yang telah anda pilih atau langgani.
Menyesuaikan pengalaman anda di laman web kami, termasuk mengingati bahasa, lokasi, dan interaksi anda sebelum ini bagi meningkatkan pengalaman penggunaan.
Menjalankan operasi pentadbiran sistem secara efisien.
Meneliti corak penggunaan dan tingkah laku pengguna untuk memahami serta menambah baik perkhidmatan kami.
Memberi maklum balas atau memenuhi permintaan yang anda kemukakan kepada kami.
Menyampaikan notifikasi mengenai sebarang perubahan, kemas kini atau penambahbaikan dalam perkhidmatan kami.
Menghantar pengesahan tempahan, amaran, pemberitahuan atau buletin yang anda langgani, termasuk kepada telefon mudah alih dan nombor peribadi anda.
KEMASKINI DAN PERUBAHAN
Kami berhak untuk menyemak, mengemas kini atau meminda Notis Privasi ini dari semasa ke semasa. Sebarang perubahan akan dimaklumkan kepada anda melalui laman web kami atau melalui kaedah lain yang difikirkan sesuai, selaras dengan keperluan undang-undang yang berkenaan. Sebarang pindaan yang dibuat akan berkuat kuasa ke atas data peribadi yang dikumpulkan selepas Notis Privasi yang telah disemak semula diterbitkan. Notis Privasi ini disediakan dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris, dan sekiranya terdapat sebarang percanggahan atau ketidakselarasan antara kedua-dua versi tersebut, versi Bahasa Inggeris akan diguna pakai.
Dikemas kini pada 8/1/2026
KOMEN DAN PERTANYAAN
Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan, komen atau kebimbangan berkaitan Dasar Privasi kami, sila hubungi kami.